Menghasilkan Poster Merdeka Menggunakan Ms. Powerpoint
6 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniSelain dari aktiviti kuiz, Pusat Internet Meradong juga turut menggalakkan pelajar-pelajar berusia 11-16 tahun menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di Pusat Internet. Antara aktiviti kemerdekaan yang dilakukan adalah menghasilkan poster kemerdekaan. Poster tersebut dibuat menggunakan aplikasi Microsoft Office PowerPoint.
Pelajar-pelajar tersebut amat teruja membuat poster kemerdekaan. Jika sebelum ini, mereka menghasilkan poster hanya menggunakan kertas lukisan, kini mereka boleh membuat sebuah poster menggunakan aplikasi komputer. Tambahan lagi, mereka dapat menggunakan kemudahan ICT secara berhemah dan bermanfaat.
Para pelajar juga turut diselitkan dengan aktiviti taklimat Klik Dengan Bijak dan kuiz online Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: